Perasmian Blog

Perasmian blog Rukun Tetangga Taman Bunga Raya oleh Dato' Tajul Urus Mat Zain dan disaksikan oleh Dalo' S. Ganesan pada pagi Sabtu 4 Jun 2011 sempena majlis mesra pagi warga TBR.




JASAMU DIKENANG

*************************

Abd. Rahman @ Muhtar Pandak Karim

Dilahirkan pada 6 Januari 1933 di Kuala Kangsar, Perak, beliau yang mempunyai pendidikan MCE telah menjadi seorang guru hingga 6 Januari 1987.

Isteri pertamanya Bashah bt Osman telah meninggal dunia pada 1996, setelah dikurniakan 4 orang anak perempuan, dan beliau telah berkahwin lain dengan Normadiah bt. Ahmad pada 16 April 1998, yang kini tinggal di Sungai Jagung. Dengan isteri kedua, beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata - anak lelaki, Mohd. Haris.

Minat terhadap pergaulan tanpa mengira kaum serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di taman ini begitu ketara sekali - dengan rekod-rekod yang telah ditinggalkan. Pada 1981 beliau telah menjadi setiausaha Rukun Tetangga dan mulai 1983 - 2006 telah menjadi pengerusi sektor ini selama 22 tahun. Satu pencapaian yang belum ada tandingan di taman ini.

Satu keistimewaan yang ada pada beliau ialah beliau tidak segan-segan untuk turun padang berjumpa ahli-ahli, menyampai sendiri surat-surat, menyelesaikan masalah atau menjalankan lain-lain tugas.

Maka tidak hairanlah pada 2004 beliau telah dikurniakan pingat PJK, sementara pada tahun 2010, dianugerahkan JASAMU DIKENANG oleh Jabatan Perpaduan Negeri Kedah.

Awal tahu 2011 kesihatan beliau tidak begitu baik. Beliau tidak begitu ceria seperti selalu apabila mendapati mengidap kanser paru-paru dan beberapa kali masuk hospital untuk berubat.

Rupa-rupanya Tuhan telah menyayanginya apabila pada 25 Mac 2011 jam 10.50 pagi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir dihadapan keluarga tersayang di Kg. Sungai Jagung.

Tokoh yang kita maksudkan ialah Allahyarham Abd. Rahman @ Muhtar Pandak Karim.

Sebagai menghargai sumbangan beliau jawatankuasa Rukun Tetangga yang bersidang pada 2 Mei 2011 telah bersetuju menganugerahkan bingkisan JASAMU DIKENANG.

JASAMU DIKENANG

JASAMU DIKENANG

V. Sadayan

Sebaik saja bersara dari jawatan Guru Besar pada 1999, beliau dilantik dan disahkan sebagai Bendahari Rukun Tetangga Taman Bunga Raya oleh Pejabat Perpaduan dan terus berkhidmat hingga 2010, 11 tahun lamanya.

Sebagai Bendahari beliau telah menjalankan tugasnya dengan 'efficient' sekali, tiada masalah, memuaskan semua pihak - Rukun Tetangga dan Pejabat Perpaduan daerah Kuala Muda. Penyata kira-kira keluar masuk disediakan dan disimpan dengan baik hingga ke hari ini. Termasuklah yang disediakan oleh Bendahari-Bendahari sebelumnya masih dalm simpanannya. Nyatalah pengalaman sebagai Guru Besar di sekolah rendah dahulu banyak membantunya dalam mengendalikan kerja-kerja seorang Bendahari. Hinggakan beliau pernah dianugerahkan PERKHIDMATAN CERMERLANG dari Pejabat Pendidikan sewaktu berkhidmat dahulu.

Tokoh yang dimaksud ialah V. Sadayan - dilahirkan pada 30 April 1944 di Sungai Petani, Kedah.

Berperwatakan lemah lembut serta mempunyai ramai kawan pelbagai kaum. Mendiang Sadayan beristerikan Puspawarthy dan dikurniakan 3 anak perempuan yang kesemuanya berijazah.

Pada penghujung 2010, beliau sekali lagi telah dicalonkan sebagai Bendahari Rukun Tetangga bagi tahun 2011 - 2012. Tapi harapan tidak menyebelahi kita.

Pada awal Mac 2011 beliau didapati uzur dan dimasukkan ke hospital untuk berubat. Ramai kawan-kawan turut mengunjunginya sambil mendoakan beliau segera sembuh. Malang sekali lagi beliau tidak dapat lagi bersama kita apabila pada 21 Mac 2011, beliau telah memejam mata buat selama-lamanya. Kepada setengah rakan-rakan. kematiannya adalah mengejut sekali

Saturday, 4 June 2011